Tuesday, October 12, 2010

SAMBUTAN MESRA AIDILFITRI KEMAS PERAK 2010

               
Gopeng – Pada 25 September 2010 Majlis Sambutan Mesra Aidilfitri KEMAS Perak telah diadakan. Majlis sambutan yang diadakan setiap tahun  pada kali ini terdapat perbezaan sedikit berbanding sambutan sebelumnya kerana pada sambutan kali ini telah dianjurkan oleh Jabatan KEMAS Negeri Perak bersama Persatuan Keluarga KEMAS Malaysia Cawangan Perak dan juga Koperasi KEMAS Perak.
Majlis Mesra Aidilfitri yang berlansung di perkarangan pusat Kegiatan KEMAS Gopeng telah mendapat sambutan yang meriah dikalangan seluruh kakitangan KEMAS Perak dan juga ahli Persatuan Keluarga dan juga ahli Koperasi Perak bersama keluarga masing-masing.


Program yang diadakan ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara semua kakitangan KEMAS Perak bersama masyarakat tapi dapat menjalinkan hubungan kerjasama diantara mereka. Majlis tersebut turut di serikan lagi dengan kehadiran Exco Kemajuan Luar Bandar, Penerangan, Pembangunan, Pembasmian Kemiskinan, Kebajikan dan Perladangan Negeri Perak iaitu Dato‘ Saarani Bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Puan Hajah Khamsiah Binti Haji Yahya, Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Haji Amiruddin Bin Ariffin dan juga dif-dif jemputan yang lain.


    
Dalam majlis tersebut, tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai juadah Hari Raya dan di hiburkan dengan persembahan nyanyian lagu- lagu raya. Kanak-kanak yang hadir juga tidak dilupakan dimana setiap daripada mereka telah diberi duit raya oleh Yang Berbahagia Dato’ Saarani sempena Majlis Mesra Aidilfitri yang telah berlangsung tersebut.   

No comments:

Post a Comment