Tuesday, October 12, 2010

PROGRAM SEMINAR PENGANDALIAN MEDIA
28 Julai 2010 – Satu Program Seminar Pengandalian Media telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Majlis tersebut yang merupakan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu Y.B Dato Zainol Fadzi Bin haji Paharudin.  
Program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu telah melibatkan seluruh peserta daripada pelbagai jabatan dan juga agensi kerajaan dalam  membina rangkaian dan hubungan kerjasama antara media dan juga pihak kerajaan.
Di samping itu, Jabatan KEMAS Negeri Perak  tidak terkecuali dan berpeluang untuk turut serta dalam majlis seminar tersebut yang telah memberi info-info terkini tentang dunia media samada media elektronik dan juga media cetak. Dalam seminar tersebut telah ditekankan antara hubungan media dengan pihak kerajaan dan juga masyarakat supaya dapat diaplikasi oleh kakitangan kerajaandalam meyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat. Dalam dunia tanpa sempadan dan serba canggih , pihak media juga  memainkan peranan penting dalam menyalurkan informasi yang tepat dan betul kepada masyarakat agar masyarakat dapat memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka
Dalam majlis seminar tersebut juga turut dihadiri oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak iaitu Tuan Haji Amiruddin Bin Ariffin  dan beberapa lagi wakil daripada pihak jabatan hadir bersama.

No comments:

Post a Comment