Thursday, October 14, 2010

MAJLIS JAMUAN RAYA PEJABAT KEMAS NEGERI PERAK

 

 
Ipoh – Satu Majlis Jamuan Raya Pejabat KEMAS Negeri Perak telah diadakan bertempat di Bangunan Persekutuan Ipoh, Perak.  Majlis yang berlansung tersebut disambut dengan penuh meriah oleh seluruh kakitangan Jabatan KEMAS Negeri Perak beserta para tetamu yang hadir menceriakan suasana.
Majlis Jamuan Raya Pejabat KEMAS Negeri yang berkonsepkan gotong royong menyediakan juadah raya antara kakitangan jabatan secara tidak lansung mengeratkan hubungan persaudaraan dan silaturahim sesama mereka dan juga masyarakat disekeliling.
Tetamu yang hadir pada majlis tersebut yang bermula pada tengahari telah disediakan  juadah raya dan pelbagai hidangan yang terhidang serta diserikan lagi dengan lagu-lagu raya yang di nyanyikan oleh kakitangan KEMAS Negeri Perak.    
Turut hadir sama menyerikan majlis yang meriah itu ialah Tuan Haji Amiruddin Bin Ariffin; Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Haji Ahmad Zairun Bin Yang Rezali; Penolong Pengarah Pengurusan 1, Tuan Haji Mohamad Bin Hussain; Penolong Pengarah Operasi 2; Encik Muhamad Bin Abu Bakar; Penolong Pengarah Pengurusan 2 dan  tetamu kehormat yang lain.

No comments:

Post a Comment