Sunday, April 17, 2011

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN ANTARA PASUKAN MENTERI BESAR PERAK DAN KEMAS NEGERI PERAK
OLEH : Mohd Syafiq Bin Hj Mohd Azahar
Ipoh -  Satu perlawanan persahabatan antara Pasukan KEMAS  dan Pasukan Menteri Besar Perak telah diadakan bertempat di Ipoh Padang. Perlawanan bola sepak antara pasukan KEMAS dan  pasukan Menteri Besar  yang merupakan anjuran  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah berlansung dengan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Menteri Besar Perak dengan jaringan 4 – 2.
Perlawanan yang diadakan ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan dalam kakitangan kerajaan namun  dengan  secara tidak langsung akan meneruskan hubungan kerjasama yang lebih akrab dan erat antara Jabatan KEMAS dan juga Kerajaan Negeri disamping melahirkan budaya hidup yang sihat.
Suasana menjadi lebih meriah  apabila Menteri Besar Perak iaitu Yang Berhormat Dato’Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir  dan Dato Ketua Pengarah KEMAS Malaysia turut sudi  bermain dan memberi sokongan terhadap pasukan masing-masing.