Wednesday, October 13, 2010

TEMUDUGA PEMBANTU PENGURUSAN MURID KEMAS PERAK

  
Perak – Seramai 467orang telah menghadiri temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Pengurusan Murid Tabika Gred N17 Negeri Perak. Temuduga tersebut telah di jalankan selama 3 hari bermula 27 September sehingga 29 September 2010 bertempat di Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar.
Proses temuduga yang berlangsung selama 3 hari telah di bahagi kepada dua sesi iaitu pada waktu pagi dan juga petang. Para panel temuduga yang turut hadir dalam sesi temuduga tersebut terdiri daripada Tuan Haji Amiruddin Bin Ariffin; Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Haji Ahmad Zairun Bin Yang Rezali; Penolong Pengarah Pengurusan 1 KEMAS Negeri Perak, En. Muhamad Bin Bakar; Penolong Pengarah Pengurusan 2, Tuan Haji Mohamed Bin Hussain; Penolong Pengarah Operasi 2 serta beberapa ahli panel yang dilantik membantu dalam urusan proses temuduga tersebut. 

     
Dalam sesi temuduga itu juga, calon-calon yang hadir bukan sahaja perlu melalui sesi temuduga bersama panel yang telah dilantik tetapi mereka juga diuji tahap kemampuan dan kesihatan diri melalui ujian jasmani dan fizikal yang telah dipertanggungjawabkan kepada Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment