Oleh : Mohd Syafiq Bin Hj Mohd Azahar
Gambar : Bulkep
Seri Iskandar – Seramai 62 orang penerima anugerah perkhidmatan cemerlang telah diraikan dalam satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan KEMAS Perak 2011 bertempat di Dewan Iltizam, Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar.
Majlis tersebut juga telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan bersama dif-dif jemputan kehormat yang lain untuk meraikan para penerima anugerah dan hadirin yang hadir pada majlis yang gilang gemilang tersebut.
Dalam majlis yang sama juga Y.bhg. Dato Ketua Pengarah KEMAS Malaysia juga bersukacita untuk merasmikan pelancaran 5s peringkat KEMAS Negeri Perak. Dengan penganugerahan perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan jabatan KEMAS Perak diharapkan setiap kakitangan yang bertugas dapat mempamerkan semangat kerja yang tinggi dan berkualiti dalam setiap tugasan yang dilakukan disamping mewujudkan persekitaran yang selesa dengan perlaksanaan program 5s di setiap premis-premis jabatan di peringkat negeri, daerah mahupun parlimen.
Antara pengisian yang berlansung pada majlis tersebut adalah persembahan koir daripada pemaju masyarakat daerah kinta yang diketuai saudari cik Nurul Huda Ahmad Nator dan juga persembahan tayangan video program gotong royong 5s peringkat jabatan KEMAS negeri perak.