Wednesday, September 29, 2010

LAGU KEMAS
Kemajuan Masyarakat
Itulah teras utama kita
Membela bangsa membangun Negara
Agar maju dan jaya

Berinisiatif, berdikari membentuk jiwa hati nubari
Bersih, cekap, amanah diri
Semoga hidup beerti

Ayuh bangsaku bangunlah bersama
Tampilkan diri ke muka
Turuti segala rancangan kita
Dengan azam semangat waja

Pelbagai usaha dilaksana
KEMAS wujud di merata-rata
Menggerak, mendorong masyarakat kita
Mencapai hidup sejahtera.

Friday, September 24, 2010



MENYINGKAP SEJARAH KEMAS

KEMAS merupakan singkatan daripada Kemajuan Masyarakat iaitu satu bahagian di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. KEMAS bermula daripada bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60. Tujuan utama penubuhannya pada masa itu ialah untuk membasmi buta huruf memandangkan 1.8 juta daripada penduduk ketika itu tidak boleh membaca, manakala 2.4 juta penduduk yang terdiri daripada remaja tidak boleh menulis dan membaca Bahasa Kebangsaan.

Pada tahun yang sama,melalui Kertas Kabinet Bil 2/54/61, Kerajaan telah menentukan dasar dan strategi perlaksanaanPelajaran Dewasa iaitu : 

i) Membasmi buta huruf di kalangan penduduk luar bandar.
ii) Memberi pengetahuan membaca dan menulis rumi kepada bukan melayu.

Program basmi buta huruf ini diletakkan di bawak Kementerian kemajuan Luar bandar Dan Wilayah kerana kerajaan berpendapat bahawa pendidikan kenal huruf mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembangunan masyarakat. Pada tahun 1963 kelas ekonomi rumahtangga telah diwujudkan untuk memberi penekanan kepada pendidikan kesihatan keluarga dan amalan pemakanan dikalangan masyarakat luar bandar.


Aspek pemakanan dan kesihatan keluarga turut dititikberatkan untuk melahirkan generasi yang sihat kerana masyarakat luar bandar masih jauh ketinggalan dalam pembangunan dan tinggal di dalam keadaan yang serba kekurangan. Pada tahun 1970, Bahagian Pelajaran Dewasa telah distruktur semula kepada bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) iaitu selaras dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru(DEB). Di bawah DEB, KEMAS bertanggungjawab untuk :


i)  Mengubah sikap masyarakat luar bandar dan memastikan mereka menerima perubahan dan pembangunan yang progresif.
ii) Memberikan latihan agar mereka terlibat secara aktif dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi sendiri, keluarga dan masyarakat.

Perubahan bahagian Pelajaran Dewasa kepada Bahagian Kemajuan Masyarakat adalah satu usahabagi memenuhi matlamat Gerakan Pembangunan. Kerajaan mempunyai cita-cita yang besar untuk melibatkan masyarakat dalam pembangunan. Dalam menjayakan peranan ini, KEMAS telah menetapkan satu pendekatan pembangunan kepada tiga aspek iaitu pembangunan diri, pendidikan masyarakat dan perkhidmatan masyarakat. Antara program yang dijalankan pada 1970 ialah


i)    Kelas Ekonomi Rumahtangga
ii)   Kelas Latih Kerja
iii)  Rancangan Penoman Tugasan
iv)  Kelas Agama Islam
v)   Taman Bimbingan Kanak-kanak
vi)  Khutub Khanah Desa
vii) Rancangan Desa Usaha

Kaedah perlaksanaan program KEMAS ialah melalui pendekatan konsep 3 K sebagai panduan perlaksanaan (kehendak, keperluan, dan keupayaan). Dari konsep 3 K ini, gerakan melibatkan rakyat dalam pembangunan telah digembleng bersama. Diera tahun 1980 an pula selaras dengan perubahan kehidupan masyarakat, maka sektor ekonomi di beri penekanan terutamanya kepada sektor swasta. Perubahan ini telah membawa KEMAS mengubah strategi dengan menggalakkan masyarakat luar bandar menceburkan diri dalam aktiviti penambahan pendapatan. Dalam hal ini, beberapa perubahan dan program telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut iaitu

i)   Budaya niaga dan budaya membaca
ii)  Projek-projek penambahan pendapatan.
iii) Pendekatan bersepadu aktiviti KEMAS
iv) Projek gotong royong
v)  Hala baru pembangunan kampung dan luar bandar.

Selaras dengan aktiviti penambahan pendapatan ini, KEMAS telah menubuhkan beberapa buah pusat masakan seluruh negara di bawah aktiviti Pendidikan Kesejahteraan Keluarga. Melalui aktiviti Pendididkan Kemahiran telah wujud pusat pengeluaran jahitan, kraftangan dan sulaman. Perpustakaan masyarakat dan pusat sumber didirikan di luar bandar sebagai pusat rujukan dan pembelajaran masyarakat desa. 

Thursday, September 23, 2010


INFO KEMAS PERAK








JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) PERAK

Block C Tingkat 2c3-1
1Bangunan Persekutuan Ipoh
Jalan Dato' Seri Ahmad Said
30450 Ipoh Tel : 05 - 2535322 Faks : 05 - 25587003
Email:
kemas_perak@kemas.gov.my




SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KEMAS PERAK.

Laman Blog ini di selenggara oleh Unit Penerbitan KEMAS Negeri Perak

Segala paparan yang berada di dalam blog ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan informasi terkini kepada para anggota KEMAS dan juga masyarakat.